Wednesday 14 September 2016

ASSALAMUALAIKUM SEOUL

assalamualaikum korea
sebagai seorang pemuda, seperti pemuda yang lain aku suka hidup dalam keadaan yang bebas, tanpa sekatan atau halangan untuk aku kemana-mana. tetapi bebasku bukan bebas yang bererti liar, bebasku adalah bebas yang membuatkan aku berdikari, mandiri.
pengembaraanku ke seoul secara backpacking buat pertama kalinya, adalah antara perjalanan yang paling manis buatku, yang memberikan aku banyak pengalaman, yang memberikan ku keyakinan. 



Menjadi seorang yang berbangsa asing memang justeru membuatku terasa asing di negara kimchi ini. Meskipun sesama asia, namun amat sukar bagi mereka untuk menerima dan mengadaptasi budaya dari negara lain. Pengalamanku di negara ini membuatkan aku tersedar akan betapa perlunya toleransi dalam menerima kewujudan budaya dan agama lain. Sebahagian besar penduduk asal nya merupakan confucius, agama yang terawal wujud di negara ini dan penganut agama buddha. Islam masih lagi dipandang janggal oleh sejumlah besar penduduk tempatan terutama kepada yang sudah berusia , walaupun kewujudan Islam di korea sudah bertapak selama lebih 60 tahun, dan angka rakyat korea yang beragama Islam sudah mencecah hampir 100,000 orang. Mungkin di kota Seoul, Islam sudah mula diterima oleh sebahagian besar oleh penduduk walaupun ada yang masih janggal, namun di kawasan selain Seoul, Islam masih lagi terlalu asing buat mereka.


Menjadi seorang pelancong yang berhijab membuatkan banyak mata yang melirik aneh memandang. Soalan seperti "what's on your head?" "Are you arab?" dan "why are you covering your head?" merupakan soalan yang lazim yang hampir setiap hari diterima sepanjang perjalananku di sana. Sekumpulan pelajar yang memandang pelik tetapi tetap memberanikan diri untuk meminta kebenaran mengambil gambar bersama(sekurang-kurangnya meminta izin), dan seorang paderi yang bertanyakan tentang Islam. Lalu terdetik dalam hatiku perasaan bersyukur kerana diberikan peluang untuk berdakwah dengan cara menjawab soalan-soalan yang diajukan dan menerangkan tentang agama.



Hidayah Allah itu luas, dan boleh sampai kepada manusia dengan pelbagai cara, samada melalui sesama manusia atau dengan melihat ciptaan yang Maha Esa. Perjalanan ini membuka dengan luas mata dan mindaku agar lebih bertoleransi dalam mengenali agama lain dan sekaligus mengajak orang ramai agar lebih bertoleransi dalam menerima kewujudan agama2 lain di dalam dunia ini. 

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." -al hujurat: 13-